Friday 21 October 2011

Jon Bon Jovi

Korang ingat tak lagi penyanyi neh...mustahil tak tau...aku paling minat lagunya....ne bunyinya

      It's my life
     It's now or never
     I ain't gonna live forever
     I just want to live while I'm alive
     (It's my life)
     My heart is like an open highway
     Like Frankie said
     I did it my way
     I just wanna live while I'm alive
     It's my life 

dahsat lagu neh...time aku tensen nk final exam dgr lagu rock ne mang bes...cam dapat energi pas minum 100 plus gitu...pepon storinya mamat neh dah bukak kedai makan plak...tp aku tak heran artis mesia pon blambak yang dah bukak n ramai jugak yg dah bungkus...pepon adat meniaga beb... 

ha yg mana very hard fan tu nkorang bacelah laporan wartawan dari bilik berita di bawah...kui2



RED BANK, Amerika Syarikat (AS) – Bintang rock, Jon Bon Jovi dan isteri mengambil peluang melakukan kebajikan dengan membuka sebuah restoran amal di AS. Dikenali sebagai The Soul Kitchen, restoran berkonsep bayar apa yang anda mampu itu beroperasi di bekas sebuah premis kecantikan di sini, tengah negeri New Jersey kelmarin.

Restoran berkenaan menyediakan hidangan berkualiti kepada golongan kurang berkemampuan dan sebagai balasan, mereka digalakkan menghulurkan bantuan sebagai sukarelawan dalam projek-projek komuniti.
Pelanggan yang ingin membayar pula boleh meninggalkan wang di dalam sampul yang disediakan di setiap meja premis itu menurut kemampuan masing-masing. Tiada senarai harga disertakan dalam menu The Soul Kitchen.

“Saya membuat keputusan membuka restoran ini apabila mendapat tahu bahawa seorang dalam setiap enam orang di AS tidur dalam kelaparan,” kata Bon Jovi. Bon Jovi ialah penyanyi kumpulan rock Bon Jovi yang popular dengan lagu-lagu seperti Runaway, You Give Love A Bad Name dan Livin On A Prayer.

mau wang berkotak2
kerja malas asyik melepak
jangan pulak nkorang merompak
silap haribulan makan pisau dan kapak

No comments:

Post a Comment